Tuesday 6 January 2015

IBARAT BAH MERAH KEMBALI - UJIAN MAHA PENCIPTA


Kuala Lumpur: Kemusnahan teruk berikutan banjir beberapa negeri seluruh negara terutamanya di pantai timur, baru-baru ini, mengingatkan kembali kepada peristiwa bah besar yang berlaku pada 1926/1927 dan 1967, biarpun kejadian itu sudah berlaku lebih 40 tahun lalu.

Menyingkap peristiwa banjir besar yang berlaku pada 1926/1927 yang turut diberi nama jolokan Bah Merah dalam kalangan penduduk di sekitar Kelantan yang mengakibatkan ribuan penghuni terjejas akibat peristiwa berkenaan.

Bah Merah itu dipercayai berpunca selepas hujan turun tanpa henti selama 10 hari turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.

Kira-kira 40 tahun kemudian iaitu pada penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Kelantan dan meragut 38 nyawa termasuk kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya ketika itu terjejas akibat banjir.

Difahamkan, bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang.

No comments:

Post a Comment