Friday 22 November 2013

Monday 18 November 2013

SEMOGA BERJAYA

  • Shahidan kata k'jaan sedia bahas hudud Kelantan
  • 1:50PM Nov 17 2013
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihak kerajaan akan menerima usul perbahasan berhubung pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan sekiranya perkara itu dikemukakan ke Dewan Rakyat.

    Shahidan yang dipetik dalam laporan Sinar Harian menyebut, keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada sokongan ahli Dewan.

    “Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli Dewan.

    “Kerana jika dibawa ke Parlimen, suara mereka (PAS) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan Pakatan yang lain,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

    Laporan akhbar berkenaan turut memetik kenyataan seorang penganalisis perundangan, Shamrahayu Abdul Aziz yang berkata, undang-undang berkenaan tidak dapat dilaksanakan tanpa dibahaskan dan diluluskan dalam parlimen.

    “Isu ini kena bentang di Parlimen, kena bawa perbahaasan di parlimen untuk gubal rang undang-undang baru untuk memberikan kuasa penuh kepada mahkamah syariah sebagaimana kehendak hukum syarak,” katanya.

    Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob pula dipetik sebagai berkata kerajaan negeri hanya dapat melaksanakan undang-undang tersebut dengan kesepakatan bersama oleh kerajaan persekutuan.

    “Jadi kita minta sangat kerjasama kerajaan pusat dalam hal ini, kerana dalam beberapa perkara termasuk dalam akta tertentu, kita hanya dapat laksanakan jika pihak pusat memberi kata putus.

    “Antara yang perlu dibincangkan dengan pihak terbabit termasuk perkara berkaitan kerjasama dengan pihak polis dan penjara dalam menggubal undang-undang sebelum dapat melaksanakan secara penuh enakmen undang-undang Islam berkenaan,” katanya.

Friday 15 November 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 3




Syukur kepada Allah kerana dengan limpah rezekiNya saya dapat memiliki smartphone yang popular masa kini. RM2300 adalah harga yang perlu dibayar utk gajet tersebut. Namun demi kepuasan dan keperluan kini, saya terpaksa mengorbankan sedikit tabungan bagi mendapatkan gajet ini. Syukur ke hadratMu ya Allah atas nikmat yg diberikan..

Thursday 14 November 2013

PENGORBANAN SEORANG INSAN BERGELAR AYAH

SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan.

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR


















JAMUAN PERPISAHAN TAHUN ENAM