Monday 3 March 2014

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

REKABENTUK BAJU KORPORAT (LELAKI)

 Warna korporat KPMWARNA BAJU KORPORAT LELAKI   
(Warna Korporat Kementerian)

Material :
Design : 
:  
 Vicose Base (White) Piping (Dark Blue)

REKABENTUK BAJU KORPORAT 

(PEREMPUAN)

 

 Warna korporat KPMWARNA BAJU KORPORAT WANITA (Warna Korporat Kementerian)

Material :
Design :
  Vicose
  Base (White)  Piping (Dark Blue)

  

Surat dari Datuk Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (Ruj.KPM: KPM.BKP.300-1/12 (13),  Bertarikh : 8 Januari 2014)


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan, Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi penyeragaman pemakaian baju korporat di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Rekabentuk dan warna pakaian korporat adalah seperti yang ditetapkan di Lampiran A.


3. Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan. Perkara ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2008 di para 25 yang menyatakan bahawa “Pembekalan baju korporat Jabatan/Bahagian yang menggunakan peruntukan Kerajaan juga dihentikan serta merta“.


4. Selain daripada itu, pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar sahaja. Bagi pegawai/kakitangan lelaki, baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang (slacks)/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap. Bagi pegawai/kakitangan wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A” (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.

5. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan juga, pakaian semasa bertugas di pejabat dan menghadiri upacara-upacara rasmi yang lain adalah tertakluk kepada Pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:
(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam);

(ii) Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;


(iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi);


(iv) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)TT.193/37/Jid.4 bertarikh 15 Mac 2005 (Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat); dan 


(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis).


6. Pegawai/kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari masa ke semasa oleh Ketua Jabatan.


7. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya dan memantau pelaksanaan pemakaian baju korporat oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing demi meningkatkan imej korporat KPM.


8. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”