Thursday 16 March 2017

YES ALTITUDE - SLIDE LADAP PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT


Cikgu Raihan Jalaludin melalui laman blognya telah menyediakan satu slide LADAP bagi memudahkan sekolah menyampaikan perihal telefon pintar baru daripada YES yang baru-baru ini diterima oleh kebanyakan sekolah.

Beliau turut berkongsi modul-modul yang melibatkan beliau secara langsung berkenaan penggunaan telefon Altitude YES.

Untuk SOP, cikgu-cikgu boleh dapatnya di 1bestari.net

Muat semua bahan-bahan di pautan bawah:

Model YES Altitude BTPN Johor
Modul YES Altitude BTPN Johor (versi PDF)
Slide LADAP Penggunaan YES Altitude Cikgu Raihan Jalaludin

YES ALTITUDE - PAPARAN SMARTPHONE KE LAPTOP DAN PROJEKTOR

Dua hari lepas saya pergi ke IPG Batu Pahat untuk mengambil smartphone YES Altitude guru-guru sekolah saya. Kemudian, semalam kami mengadakan majlis penyerahan dan juga sedikit taklimat penggunaan smartphone tersebut.

Untuk tujuan taklimat, saya perlu menunjukkan secara live kepada guru-guru paparan Altitude saya melalui LCD projektor dan saya tidak mempunyai display dongle seperti chromecast, ezycast, anycast dan sebagainya yang boleh memaparkan secara terus paparan dari hp ke LCD projektor.

Jadi, saya mencuba alternatif lain dengan cara memaparkan screen Altitude saya di laptop yang bersambung dengan LCD projektor. Kata orang, tiada rotan, akar pun berguna kan?

Sebelum saya teruskan, untuk berjaya menggunakan cara ini, kedua-dua smartphone dan laptop anda mestilah bersambung pada rangkaian wifi yang sama.

Caranya :

Langkah 1
Download dan install AirMore : File Transfer di smartphone dari Google Play.


Langkah 2
Setelah siap intallasi, buka app tersebut dan tap pada Scan to connect.

  
Langkah 3
Sementara itu, pada laptop anda sila buka laman web airmore di alamat web.airmore.com
Ia akan memaparkan QR Code untuk di scan.
  

Langkah 4
Seterunya, scan QR code tadi menggunakan smartphone anda.


Langkah 5
Itu akan menyambungkan smartphone anda dengan laptop. Untuk paparkan screen smartphone pada laptop, klik pada Reflector.
  

Langkah 6
Seterusnya, tap pada Start now di smartphone.
  

Sekarang, anda telah berjaya!! 


MUAT TURUN VIDEO YOUTUBE MENGGUNAKAN SMARTPHONE

Sekarang ni smartphone dah jadi benda biasa dalam masyarakat kita. Kanak-kanak pun dah ramai yang dok mengusung smartphone, tablet dsb. Kali ni saya nak kongsi cara nak download video dari youtube menggunakan opera mini browser. Opera mini ni satu jenis pelayar web yang popular untuk smartphone/tablet. Kalau anda belum ada apps ni, boleh download dari play store.

Jom tengok cara-cara nak download.

1. taipkan url www.youtube.com dulu.

 

2. Search for video yang kita nak download


3. Perhatikan url video tersebut ialah m.youtube.com/watch....
Apa yang anda perlu buat ialah edit  url tu kepada ssyoutube.com/watch....
Setelah itu klik go.


4. Anda akan dibawa ke laman web ini.



5. Di bahagian kanan page ini anda akan nampak link untuk download. Anda boleh pilih format video yang anda inginkan.


 6. Step terakhir, klik format video yang anda mahu dan option utk download akan keluar.




UPDATE @ 1 Julai 2015

Anda juga boleh menggunakan browser Chrome tanpa perlu install Opera mini browser ini. Sekarang, kebanyakan handphone telah preinstalled browser Chrome. Jadi, anda boleh menggunakannya untuk tujuan ini.

FOLDER HILANG DALAM PENDRIVE

Assalamualaikum..

Pada tahun 2009 dulu, ramai rakan guru di sekolah mengadu fail dan folder dalam pen drive (thumb drive) mereka tiba-tiba hilang. Masa tu setelah didiagnos rupa-rupanya bukan hilang cuma status fail dan folder2 tersebut menjadi hidden. Kalau kita tick Show hidden files and folders macam kat diagram bawah ni, kita akan nampak fail2 dan folder2 tu. 

 

Cara nak tick Show hidden files and folders -  
1. Klik menu Tools di windows explorer ---->
2. Klik Folder Option ---->
3. Klik View Tab ----->
4. Tick Show hidden files and folders ---->
5. Klik Apply ---> OK

Baru2 ni pulak, seorang rakan guru mengadu masalah yang lebih kurang sama cuma kali ni katanya semua folder dalam pen drive bertukar menjadi shortcut. Saya cuba tick Show hidden files and folders (macam dalam steps kat atas) namun tak berhasil.

Kemudian, saya cuba untick Hide protecting system files macam kat diagram bawah ni.


dan saya dapat warning macam kat bawah...


Saya klik Yes. Hasilnya, muncullah folder2 asal yang menjadi Shortcut tadi. Tengok diagram kat bawah. Nampak kan folder banyak yang warnanya blur tu. 


So, rupanya selain folder2 tadi menjadi hidden, statusnya juga menjadi system dan hidden..dan bila saya klik properties folder2 tu...


Saya dapat macam ni...

Saya tak boleh untick status hidden folder tu. So, macam mana nak kembalikan status asal folder2 tu supaya ianya tidak hidden?

Caranya...
1.Klik  Start -----> Run
2. Taip cmd dan klik ok
3. Taipkan direktori pen drive anda. Contohnya jika pen drive berada di E, maka taip E:
4. Taip attrib -s -h -r "nama folder berkenaan" -----> Tekan Enter

Insya Allah, folder tersebut akan kembali ke asal. 

SELAMAT MENCUBA!

* Saya tak jumpa cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. Bayangkan jika kita ada 100 folder..takkan kita nak ulang buat steps kat atas tu 100 kali? kecualilah tiada pilihan lain..kalau ada pembaca yang tahu, bolehlah berkongsi ya...TQ

UPDATE :
Cara untuk pulihkan semua folder sekaligus. 

1. Plug pendrive pada usb port, tengokkan drivenya, cth F:
2. Klik start - run, taip “cmd“. Ok.
3. taip "F:" dan enter
4. taip attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan enter

MEMINDAHKAN FAIL/GAMBAR DARIPADA SMARTPHONE KE LAPTOP TANPA MENGGUNAKAN KABEL

Keterujaan manusia mengabadikan kenangan bergambar dewasa ini memang menjadi-jadi ditambah pula dengan teknologi telefon berkamera yang amat popular. Istilah selfie kemudiannya wefie merancakkan lagi fenomena ini. Biasanya gambar yang kita ambil menggunakan smartphone akan memenuhi ruangan storage yang ada dan lama kelamaan telefon kita mula menjadi mudah hang, lambat dan sebagainya. 

Satu cara untuk mengatasinya adalah memindahkan gambar-gambar tersebut ke medium simpanan yang lain seperti laptop. Terdapat beberapa cara untuk menyambungkan smartphone kita ke laptop untuk kita membuat pemindahan gambar. Kita boleh gunakan bluetooth (prosesnya sangat lambat) ataupun  dengan menggunakan kabel penyambung. Namun, kadang-kadang kita malas untuk menyambungkan kabel. Satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan network WiFi internet.

Sebelum anda mulakan, satu PERINGATAN PENTING di sini ialah kedua-dua smartphone dan laptop anda MESTI bersambung ke internet melalui network WiFi yang SAMA.

Apa yang perlu dibuat?
Pertamanya, anda perlu install di smartphone anda satu app yang ada di playstore iaitu WiFi File Transfer.


Selepas install, anda hanya perlu run app tersebut dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Tap pada Start.



Satu URL (alamat laman web) akan dipaparkan di smartphone anda. (Lihat gambar di bawah)



Buka browser internet (Chrome, Firefox atau sebagainya) di laptop anda dan taipkan URL tadi di kotak address. Selepas itu, tekan Enter.

Sekarang, anda akan dapat paparan seperti di bawah. Ianya berbentuk file explorer yang memaparkan direktori/folder yang ada dalam smartphone anda.


Untuk pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop, hanya tick pada gambar/fail yang anda inginkan dan klik pada Download. Anda akan dapat perhatikan gambar/fail tadi akan dipindahkan ke laptop anda. Biasanya, gambar/fail tersebut akan dipindahkan ke dalam folder Downloads di laptop anda.


Pada kali pertama anda membuat proses pemindahan, anda akan ditanya sama ada hendak download sebagai single file ataupun dalam bentuk yang telah dicompress menjadi zip file.


Setelah selesai semuanya, hanya tap butang stop pada smartphone anda.


Selamat mencuba ya!