Saturday 27 June 2015

TERATAK KASIH PART 3 - SEMAKIN MENYERLAH SERIMU!







Masuk hari ke 5, proses membuka pagar dilakukan. Pagar tu bg kt sahabat, Abg Mus..

8 CARA KAWAL ANAK KETAGIH IPHONE @ IPAD

1) Jangan charge 100% full battery.

Saya tak pernah charge ipad sehingga full battery.
Paling banyak pun sampai 15-20% sahaja.

Kenapa?

Sebab ia secara tak langsung dapat limitkan penggunaan ipad tu sendiri.
Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya.
Dan kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak taknak lepaskan.
Kan?

So basically itu cara saya latih Haikal supaya guna ipad dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja.
Maximum battery 15-20% sahaja untuk sekali pakai.

Dulu saya pernah ditegur oleh seseorang. Kalau buat macam tu, nanti ipad cepat rosak.
Sebab terlalu kerap charge dan ipad asyik turn off sendiri.
Well, jawapan saya senang je.
Better lah ipad rosak, daripada anak rosak. Kan?
Dan kalau sayang ipad, tak payah la bagi anak pinjam langsung aduinyapun.
;D

2) Jangan ajar anak unlock ataukey in passcode.

Tips ni saya belajar dari salah seorang mentor saya.
Dia pesan,

"Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games, 
JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI."

Kenapa?
Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ.
Haa tegak bulu roma kan?
;D

Saya pernah dengar somewhere,
"Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa."

So in this case, we're talking about KUASA.
Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan
sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa,
itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA.

So bila anak mula ada kuasa untuk turn on,
of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu.
Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop.

Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah,
diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti.
Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on,
bila-bila dia mahu.

Maksudnya?
InsyaAllah rosaklah anak itu.
 -_____-

Ini bukan mendoakan. Ini fakta.
Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone,
inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri.
Are you kidding meh?

So again.
Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi,
pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya.
Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan?

Do it right, parents!



3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa, 
BUKAN DIA.

Never say something like,
"Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap."
"Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main."

NO.
Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak.
Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA.
"Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka.
So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa?

Ibu bapa akan hilang kuasa.

Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa.
Yang dia tahu, ipad tu dia punya.
Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu.

So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih,
baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang,
"Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!"

Halahh pedulik apa dia. -..-

So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware,
yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa.
Mereka hanya PINJAM.
So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

Semudah itu je sebenarnya.
=)


4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement.

Macam yang saya pernah tulis dalamENTRY INI,
positive reinforcement adalah ganjaran.
Ini yang saya selalu buat kat Haikal.
Guna ipad hanya sebagai ganjaran bila dia achieve sesuatu.

Buat something good dulu, baru dapat ipad.
Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time.
Contoh kalau saya homeschool Haikal, dan dia macam cranky atau tak fokus,
saya akan "guna" ipad untuk encourage dia,

"If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins."
"If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad."
"If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube." 

 Itu contoh.

So Haikal jadi motivated balik untuk fokus apa yang saya suruh.
But not allll positive reinforcement should be ipad la.
Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha.
10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad.
Baik bagi terus.
-_____-

Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka.
So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option.


5) Try to divert their attention first, before offering the ipad.

Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi.
Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain.
Ajak main puzzle ke.
Ajak main conteng-conteng ke.
Ajak masak-masak ke.
Ajak buat art and craft ke.

Selagi boleh divert, divert.
Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat.

 This is to minimize the addiction.
Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten,
lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad.
Kalau parents KONSISTEN lah tapi.

This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa.
Of course parents kena kental.
Ipad addiction is clearly has more harm than good.
So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama.
Kan?

So buatlah apa saje, to minimize the addiction.
Slowly.
But surely.


6) TEAMWORK is important.

Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama.
Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh,
it won't work.

Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa?
Kan?

So you BOTH have to have the same ground rules.
Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat.

Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time,
dua-dua kena setuju dengan rule itu.
Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak,
"Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam."

-______-

Kan Dr. Aw pernah pesan dulu, dalamENTRY INI,
"Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial."

So dalam bab anak,
parents always have to be sepakat dan sehaluan.
Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak. 
Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan.
Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan.
Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan?
-______-


7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad. 

Ini yang saya rasa paling membantu saya dengan Haikal.
I never let him use or watch the ipad alone.
I always join him.

Kalau Haikal request for ipad, saya pasti akan menyibuk sekali sebelah dia.
I always keep the interaction between me and him.
Berbual la apa saje.
Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan.
Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan.
Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu.
;D

Kalau Haikal nak main game pun, saya akan sentiasa sibuk nak join main jugak.
I JOIN HIM walau apa pun aktiviti yang dia buat dengan ipad.

Dan sekarang,
 he appreciates my presence more instead of ipad.
Sampaikan kalau saya takde, dia takkan tengok ipad. Nak tunggu saya juga.
So it's becoming more easy for me to pantau and kawal penggunaan ipad tu bila Haikal sendiri yang taknak ipad tanpa kehadiran saya.
=)



8) Bak kata orang tua-tua,"kepimpinan melalui teladan".

Rasulullah pun pernah pesan,
"Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik."

So we parents,
baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak.
Tunjuk mereka contoh yang baik.

Termasuk la bab ketagihan gajet ni.
Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan.
Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap.

So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak?
Tepuk dada.

Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu.
Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu.
Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid,
tengok cermin dan tanya pada diri,
"Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?" 

Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya.
Monkey see, monkey do.
Kan?



Ok sekian perkongsian untuk hari ni.
Semoga bermanfaat.
=)

Monday 22 June 2015

TERATAK KASIH PART 1 - DOKUMEN PERJANJIAN

DOKUMEN PERJANJIAN DAN JADUAL PEMBAYARAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH DI ALAMAT NO 411, JALAN KEJORA 2, KG MELAYU RASA TAMBAHAN, RASA, SELANGOR

ANTARA

PEMILIK RUMAH
EN MOHD NAZIMI KITEMAN BIN IBRAHIM
( NO.K/P : 780712-03-5501 )

DENGAN

KONTRAKTOR
EN MIFTAHUR ROHMAN
( NO.PASSPORT : AS 722668 )



1. Satu perjanjian telah dipersetujui di mana pemilik rumah* dan kontraktor* dalam perbincangan, kontraktor* BERSETUJU untuk membaiki dan mengubahsuai rumah di alamat NO 411, JALAN KEJORA 2, KG MELAYU RASA TAMBAHAN, RASA, SELANGOR.

2. Dalam perbincangan itu juga pemilik rumah* BERSETUJU membayar kos pengubahsuaian rumah sebanyak RM 28,500.00 ( Ringgit Malaysia Dua Puluh Lapan Ribu Lima Ratus Sahaja ) secara ANSURAN. ( Rujuk Lampiran Jadual Pembayaran ).

3. Tempoh kerja pengubahsuaian juga dipersetujui iaitu selama sebulan setengah ( 1 ½ bulan ) bermula 22 Jun 2015.

4. Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang dipersetujui adalah seperti berikut;

i.                    Membina pagar keliling rumah.
ii.                  Memasang pintu pagar.
iii.                Menyimen halaman hadapan rumah.
iv.                 Meletakkan batu di halaman tepi rumah.
v.                   Memasang semula sistem perpaipan.
vi.                 Membaiki bilik air dan tandas.
vii.               Membaiki tangki air.
viii.             Menukar pintu bilik air, tandas, dan pintu 3 bilik tidur.
ix.                 Memasang jubin (tile) di dalam bilik air, tandas dan 3 bilik tidur.
x.                   Mengecat bahagian dalam dan luar rumah.
xi.                 Memeriksa pendawaian elektrik agar dalam keadaan baik.
  

Pemilik rumah;                                                                     Kontraktor;

...................................................................                           .......................................................
EN MOHD NAZIMI KITEMAN BIN IBRAHIM                         EN MIFTAHUR ROHMAN
( NO.K/P : 780712-03-5501 )                                                ( NO.PASSPORT : AS 722668 )
Tarikh :                                                                                  Tarikh :


Saksi ;                                                                                    Saksi ;

....................................................................                          .......................................................
PN NORAZLINA BINTI SULAIMAN
( NO.K/P : 800113-11-5054 )
Tarikh :