Monday 26 August 2013

100 HARI

YAB. Ustaz Dato' Ahmad Yakob Menteri Besar Negeri Kelantan.Pengalaman 100 hari lebih menjadi Menteri Besar semasa menjawap pertanyaan dalam sesi temubual oleh wartawan The Malaysia Insider.
Ahmad Yakub: Pengalaman 100 hari jadi menteri besar ini amat-amat hebat, sebab kita dulu sebagai timbalan sahaja. Timbalan ini menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh ketua kita atau oleh menteri besar. Sekarang saya terpaksa menimbang sendiri. Saya menggunakan pendekatan kolektif ataupun melalui mesyuarat. Pada peringkat awalnya, saya masukkan semua program yang ditawarkan kepada rakyat, kita bincang dalam mesyuarat exco dahulu. Lebuhraya rakyat, stadium dan kebajikan antara fokus kita. Ini adalah program yang telah diterima oleh kerajaan dan telah diputus oleh exco. Kita terus..apa cara sekalipun kita mesti terus. Cuma pada peringkat awal, ada isu-isu dan ia tertangguh jadi kita bincang..itu saja. Dari segi hasrat, ini harapan rakyat dan semuarakyat Kelantan terutamanya, anak Kelantan yang berada di perantauan sangat mengharap. Apabila ramai orang beritahu bahawa jalan jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai, saya pun terus bertolak ke sana untuk mencubanya. Ia mengambil masa empat jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Ini membuatkan saya sedih dan ini merupakan satu cabaran yang besar untuk menyempurnakan kebajikan kepada rakyat dan supaya rakyat tidak tentekan dan menghadapi masalah. Saya akan bincang sekali lagi supaya lebuhraya ini benar-benar dapat dipercepatkan. Sama ada kita sendiri yang buat sebagaimana yang disaran dengan duit rakyat dimana kita telah kutip derma melebihi RM2 juta hingga kini atau kemungkinan kita gunakan cara lain. Sebab ini sebenarnya kewajipan kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment