Sunday 8 May 2016

TUKAR GAMBAR PEGUN KEPADA GAMBAR BERGERAK



Hai semua! :D

Hari ini saya nak kongsikan ilmu dengan sahabat semua bagaimana untuk menukar gambar biasa kepada gambar yang bergerak dan berbentuk animasi (GIF).

Okay, pertama sekali, anda perlu mengambil gambar banyak-banyak (3-4 keping pun sudah memadai...) supaya setiap pergerakkan dapat terakam. Contohnya, semasa anda berkumpul untuk mengambil gambar secara berkumpulan, minta rakan-rakan anda membuat pelbagai 'pose' yang berbeza dan anda rakamkan gambarnya.

Setelah cukup koleksi gambar yang dikehendaki, pergi ke laman https://imgflip.com/ dan masukkan gambar-gambar tersebut untuk ditukar ke dalam bentuk gif. Paling menarik, anda boleh melakukannya di telefon pintar! Inicontoh gambar animasi yang telah siap. Satu lagi contoh di sini.  :)

Langkah 1
Login menggunakan akaun google anda.
Kemudian, klik pada 'Create' dan pilih 'Make a Gif. From Image'


Langkah 2
Upload gambar-gambar yang diperlukan.
Masukkan tajuk untuk gambar animasi ini. Tambah tag jika perlu.


Langkah 3
Sekiranya anda ingin memasukkan perkataan di dalam gambar animasi, anda boleh berbuat demikian. Pilih warna font, saiz font dll. Klik Generate Gif.


Langkah 4
Ok gambar animasi anda sudah siap! Copy link dan sebarkan kepada rakan-rakan anda! Anda juga boleh kongsikan di laman sosial atau download ke dalam komputer anda! 


Selamat mencuba! Share link anda pada ruangan komen jika sudah berjaya menghasilkan gambar animasi. Excited! :D

No comments:

Post a Comment