Saturday 5 September 2015

VLE FROG - MENGHALANG MEMILIH VIDEO SETERUSNYA

Frog VLE | Hilangkan Pilihan Video Berkaitan Selepas Video Habis Dimainkan

Salam semua..haha..panjangnya ya tajuk entri kali ni ...Harap anda boleh memahami apa yang cuba saya sampaikan melalui tajuk tersebut. OK lah saya explain.

Situasinya, anda masukkan video dari youtube ke dalam site pembelajaran yang anda bina. Kemudian, semasa sesi P&P, anda minta murid memainkan video tersebut. Setelah video habis dimainkan, paparan seperti di bawah akan muncul.


Apa yang muncul? Pilihan video-video yang berkaitan dengan video yang murid mainkan tadi akan muncul. Bagi murid yang taat, OK lah..tetapi bagi murid yang tinggi rasa ingin tahunya, mereka akan mula klik pilihan video tersebut dan mulalah mereka menerawang jauh dari landasan yang anda tetapkan untuk sesi P&P anda pada waktu tersebut.

Apakah cara untuk menghalangnya?

Di sini saya kongsikan cara bagaimana untuk menghilangkan paparan pilihan video berkaitan tersebut. Sebelum itu, saya rasa anda maklum terdapat DUA cara untuk memasukkan video ke dalam site Frog.

Pertamanya, menggunakan widget MEDIA.

Kedua, menggunakan widget EMBED WEBSITE.

Cara yang saya akan kongsikan ini boleh digunakan jika anda menngunakan widgetEMBED WEBSITE kerana anda perlu edit URL video yang anda ambil dari youtube tadi.

Jom kita mulakan,

Katakanlah anda telah menjumpai video yang sesuai di youtube untuk anda masukkan ke dalam site anda. Apa yang perlu anda buat adalah : (rujuk gambar di bawah)

1. Klik Share

2. Klik Embed

3. Highlight dan copy bahagian URL seperti di bawah SAHAJA.


Setelah itu, kembali ke site anda, drag and drop widget EMBED WEBSITE ke dalam site anda. Kemudian, paste URL yang anda copy tadi ke dalam kotak Enter URL.

Di hujung URL itu TAMBAHKAN ?rel=0

Kemudian, klik Save Changes.


Cuba mainkan video dan anda akan dapati pilihan video berkaitan tadi tidak akan muncul setelah video habis dimainkan.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment