Wednesday 16 October 2013

HARGAI JASA TOK GURU

Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU - Sebagai menghargai usaha bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mentadbir negeri ini hampir 23 tahun, kerajaan negeri akan mengadakan sambutan khas meraikan beliau pada 21Oktober ini.

Setiausaha Pas negeri, Zulkifli Mamat berkata, sambutan sempena 23 tahun pemerintahan Pas dan Nik Abdul Aziz di Kelantan yang dinamakan Hari Persembahan Rakyat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Selari dengan itu, rakyat digesa membawa sebarang bentuk persembahan, misalnya sekeping nota terima kasih, plak, sehelai baju, sajak atau apa sahaja sebagai tanda terima kasih (rakyat Kelantan) dan seluruh Malaysia terhadap jasa dan usaha Tok Guru (Nik Aziz) mentadbir negeri ini.

“Ia akan digerakkan melalui semua ketua masyarakat dan melibatkan pelbagai lapisan umur serta latar belakang,” katanya di sini, kelmarin.

Menurutnya, kira- kira 5,000 orang dijangka memeriahkan sambutan, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam itu.

No comments:

Post a Comment