Tuesday 23 August 2011

KARNIVAL FUTSAL AMAL TERBUKA PIBG SK KUALA KUBU BHARU SATU


KERTAS KERJA
 KARNIVAL FUTSAL AMAL TERBUKA PIBG   SK KUALA KUBU BHARU SATU
TAHUN 2011
1.0  RASIONAL
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu terletak di kawasan bandar kecil dalam Daerah Hulu Selangor dan mempunyai peratusan murid-murid yang berlatar belakangkan sosio-ekonomi yang sederhana rendah. Dikategorikan antara sekolah tertua di Daerah Hulu Selangor ini maka sudah tentulah kemudahan prasarananya ditahap yang sederhana dan memerlukan dana kewangan bagi menaik taraf beberapa bangunan sekolah yang telah uzur dan usang. Justeru, pihak sekolah dan PIBG perlu mengambil satu inisiatif untuk menambah dana Tabungan PIBG bagi menjayakan usaha murni ini. Untuk itu, program Karnival Futsal Amal Terbuka PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu ini dirancang sebagai salah satu usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos menaik taraf kemudahan prasarana sekolah sedia ada agar lebih baik demi keselesaan dan kecemerlangan murid di sekolah ini.
2.0 MATLAMAT
2.1 Program ini diharap dapat memberikan pendedahan dan pengalaman untuk :
2.1.1 Merancang satu Karnival Sukan Futsal Amal secara sebenar dan teratur.
2.1.2 Mengisi Tabung PIBG agar dapat membantu pihak sekolah dalam usaha menaik taraf 
          kemudahan prasarana sekolah sedia ada yang telah usang.  
2.1.3 Menjalinkan hubungan mesra di antara warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
2.1.4 Mewujudkan satu perkongsian di antara masyarakat setempat dengan pihak         
         sekolah dalam usaha memajukan sekolah.
2.1.5 Mengamalkan tabiat dan cara kerja yang baik iaitu bekerja secara sistematik, 
         satu pasukan, berdisiplin dan bertanggungjawab.
3.0 OBJEKTIF KUTIPAN WANG
3.1 Projek ini membolehkan PIBG menampung kos perbelanjaan bagi menjayakan usaha-usaha berikut ;
3.1.1 Menaik taraf Dataran Perhimpunan Sekolah
      3.1.2 Menaik taraf Dewan Utama Sekolah – Dewan Ibnu Sina
      3.1.3 Menampung kos pelbagai aktiviti sekolah untuk kemajuan murid
4.0 SASARAN KUTIPAN
Kutipan yang disasarkan adalah sebanyak RM 10,000.00
5.0  TARIKH, MASA DAN TEMPAT
5.1 Tarikh                    : 01 Oktober 2011 (Sabtu)
5.2 Masa                     : 8.00 pg – 7.00 mlm
5.3 Tempat                 : Miel Futsal Arena,  Rasa, Hulu Selangor.
      5.4 Perasmian  Oleh : YB. Dato’ Mohd. Isa b. Abu Kasim
                                            ADUN Kawasan Batang Kali.
6.0  SASARAN PENGLIBATAN
Program ini terbuka kepada semua individu kumpulan yang berminat sama ada terdiri daripada murid sekolah, ibu bapa,  kakitangan jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korporat  dan masyarakat setempat.
7.0  SKOP PERTANDINGAN FUTSAL
7.1 Sistem Dan Format Pertandingan Futsal
7.1.1 Pertandingan dijalankan dalam format permainan ‘futsal padang’
7.1.2 Pertandingan akan dijalankan dalam sistem liga berkumpulan dan peringkat kalah mati.
7.1.3 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding.
7.2 Penyertaan Pasukan
7.2.1   Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai 8 orang pemain untuk satu pasukan. ( 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan)
7.2.2 Penyertaan terbuka kepada semua individu, kumpulan, pertubuhan,  jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korporat termasuk murid-murid sekolah menengah atau mana-mana institusi pengajian yang berminat.
7.3   Peraturan Pengadilan
       7.3.1 Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan dan peraturan permainan adalah tertakluk kepada persetujuan jawatankuasa itu sendiri.
7.3.2 Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pasukan yang bertanding.
7.3.3Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sebelum pertandingan berlangsung.
7.3.4 Setiap keputusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Induk.
7.4   Yuran Penyertaan
Setiap pasukan bertanding akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak  RM 150.00 untuk setiap pasukan. Borang penyertaan adalah seperti di lampiran.
8.0  JAWATANKUASA PELAKSANA
8.1 Jawatankuasa Induk :
8.1.1 Penaung : Y.B. Dato‘ Mohd Isa bin Abu Kasim         
                            ADUN Kawasan Batang Kali
                            Y.B. Tuan Wong Koon Mun
                            ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu
                            Y.B. Dato’ Hj. Mohamad Idris b. Hj. Abu Bakar
                            ADUN Kawasan Hulu Bernam
8.1.2 Penasihat : Pn. Nor Ashikin bt. Hj. Md. Adnan                                                                                       
                              Guru Besar SK KKB Satu
8.1.3 Pengerusi : En. Kamaruzzaman b. Abd Rahman                                                                     
                              Yang Dipertua PIBG SK KKB Satu
8.1.4 Naib Pengerusi : En. Noraidil Razman b. Abd Manap                                                           
                                        Naib Yang Dipertua PIBG SK KKB Satu
                                      : Pn. Hjh. Salbiah bt. Mohd. Kassim                                                               
                                        GPK Pentadbiran SK KKB Satu
                                      : En. Dzul Arfi b. Othman
                                        GPK HEM
                                      : En. Mazlin b. Ibrahim
                                        GPK Kokurikulum
8.1.5 Setiausaha : En. Shaiful Rezal b. Azmi
                                Setiausaha Kehormat PIBG SK KKB Satu
8.1.6 Pen. Setiausaha : Pn. Azrinah bt. Abdul Shukor
                                          Pen. Setiausaha PIBG SK KKB Satu
8.1.7 Bendahari  : En. Mohd. Nazimi Kiteman b. Ibrahim
                                Bendahari Kehormat PIBG SK KKB Satu
8.1.8 Pengarah Projek : En. Mohd. Nazimi Kiteman b. Ibrahim
8.2   Jawatankuasa Pelaksana :
8.2.1 Sambutan & Protokol : En. Noraidil Razman b. Abd. Manap
                                                : Semua GPK SK KKB Satu
8.2.2   Pendaftaran  : En. Nur Fadzilan b. Tomi
                                 : En. Mohd. Foat b. Daud
                                 : 2 orang Urusetia
8.2.3   Pertandingan & Teknikal  : En. Rose Efendi b. Marjumat
                                                       : 2 orang Urusetia
8.2.4     Hadiah & Cenderamata  : Pn. Norhayati bt. Abd. Aziz
                                                       : Pn. Siti Mahanum bt. Manap
                                                       : Pn. Siti Hawa bt. Muhamad
8.2.5 Jamuan  : Pn. Faezah bt. Amran
                         : Pn. Che Azmiyah bt. Yaakob
8.2.6   Promosi & Hebahan : En. Mohd. Foat b. Daud
                                               : En. Nur Fadzilan b. Tomi
                                               : Pn. Jayanthi a/p Kanagasabai
                                               : Pn. Noor Hawaiah bt. Hj. Buang
8.2.7 Peralatan  : En. Ravintharan a/l Ganesan
                            : 1 orang Urusetia
8.2.8 Tajaan & Sumbangan   : Semua AJK PIBG

9.0   ANGGARAN KEPERLUAN & KOS

No.
Perkara
Harga / Unit
(RM)
Kuantiti
Jumlah
Jumlah Besar
1.
Hadiah

1.1
Wang Tunai
Johan
Naib Johan
Ketiga
Keempat

1,300.00
600.00
300.00
 300 .00           

1 Pasukan
1 Pasukan
1 Pasukan
1 Pasukan
2,500.00





2,596.00
1.2
Pingat
3.00
32 Unit
96.00
2.
Sewaan

2.1
Gelanggang & Peralatan
800.00
1 Hari
800.00
800.00
3.
Keperluan Lain

3.1
Bayaran Pengadil
900.00
(150 X 6 org)
1 Hari
900.00









1,870.00

3.2
Cenderamata VIP
50.00
1 Org
50.00

3.3
Banner Promosi
80.00
4
320.00

3.4
T-Shirt Urusetia
20.00
25
500.00

3.5
Jamuan
100.00
Sesi Perasmian Pembukaan
100.00
4.
Runcit

4.1
Fotostat
-
-
200.00

300.00

4.2
Lain-lain
-
-
100.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5,566.00

10.0      ANGGARAN PENDAPATAN :

        10.1 Yuran Penyertaan - (80 pasukan X RM 150)               : RM 12,000.00
        10.2 Sumbangan                                                                        : RM   4,000.00
                                                * Jumlah Pendapatan Kasar          : RM 16,000.00

         10.3 Jumlah Pendapatan Bersih                                            : RM 10,434.00

11.0 PENUTUP
Karnival Futsal Amal Terbuka PIBG  ini adalah merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Jawatankuasa PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu pada tahun 2011 bertujuan untuk mencari dana tambahan bagi mengisi Tabung PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan dalam usaha menaik taraf beberapa kemudahan prasarana sekolah yang telah usang demi keselesaan dan kecemerlangan murid-murid di SK Kuala Kubu Bharu Satu ini. Adalah diharapkan semoga program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh :                                            Disemak oleh :
………………………..................                      ……………………………..........................
( SHAIFUL REZAL BIN AZMI )                     (KAMARUZZAMAN B. ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Kehormat PIBG,                           Yang Dipertua PIBG,           
SK Kuala Kubu Bharu Satu.                            SK Kuala Kubu Bharu Satu

Disemak dan disahkan  oleh :
………………………………....................     
( NOR ASHIKIN BT. HJ MD. ADNAN )
Guru Besar / Penasihat PIBG,                                                           
SK Kuala Kubu Bharu Satu.                            
                                                                                                                            LAMPIRAN

BORANG PENYERTAAN
KARNIVAL FUTSAL AMAL TERBUKA PIBG 2011
ANJURAN PIBG SK KUALA KUBU BHARU SATU

Nama Pasukan                                   :  ____________________________________

Nama Pengurus                                  :  ____________________________________

No. Telefon Bimbit                              :  ____________________________________

Alamat e-mail                                      :  ____________________________________

Nama Jurulatih/Pegawai Pasukan     :  ____________________________________

Bil.
Nama Pemain
No. K/P
1


2


3


4


5


6


7


8



Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran penyertaan bernilai RM : 150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) dan di dalam Akaun PIBG SK Kuala Kubu Bhatu Satu (No. Akaun Maybank : 012071306940)

Nama : _______________________  No. K/P : _______________  T/Tangan : _____________

**  Nota :         Bukti pembayaran yang asli perlu dibawa pada hari kejohanan.
          koyakkan

* Akuan Penerimaan Wang

Diterima daripada : ______________________________ No. K/P : ________________  sebanyak RM : 150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) sebagai bayaran penyertaan untuk Pasukan _______________________ bagi Karnival Futsal Amal Terbuka PIBG 2011, Anjuran PIBG SK Kuala Kubu Bharu Satu.


T/Tangan Penerima :  _______________________________
            (                                                               )          
b/p: Bendahari Kehormat PIBG,
                                             SK Kuala Kubu Bharu Satu.


No comments:

Post a Comment