Monday, 26 August 2013
LATA REK
Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri Kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan. Kawasannya terletak berhampiran Kg. Laloh, iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai boleh ke sana melalui Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang. Kebiasaanya. Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat(sempena cuti hari minggu di Kelantan). Tidak ketinggalan juga bagi penuntutuniversiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela kerap membuat pekhemahan terutama pada musim cuti sekolah. Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini
Labels:
KELANTAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment