Showing posts with label LAWAK BERBISA. Show all posts
Showing posts with label LAWAK BERBISA. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

GUA AJAIB

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"

Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

NASI GORENG J@#$%....


Ada seorang jemaah yang baru dengar kuliah dari ustaz cerita pasal fadhilat ucapan terima kasih kat isteri. Dia dah 30 tahun kawin dan tak pernah ucap terima kasih pun kat isteri.

Jadi balik dari masjid dia berazam untuk ucap pada isteri dia. Sampai di rumah isteri dia hidang nasi goreng. Sebaik saja dia makan je nasi tu dia terus ucap terima kasih dan puji melambung-lambung peri sedapnya nasi goreng tu.

Tiba-tiba isteri dia tercegat mata terbeliak dan berkata, "30 tahun saya masak nasi goreng, abang tak pernah puji pun. Bila makan nasi goreng ni, puji bukan main lagi".

Jawab suami tu kehairanan,"Jadinya??"

Bini dia pun jawab dengan nada marah, "Nasi goreng tu janda sebelah rumah yang bagi".

Suami terus terkedu....

KANTOI SUAMI CURANG


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
* Isteri : ????!!!!!
* Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!

SIAPA KATA LELAKI PELUPA?

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.
Panik, si isteri menelefon suaminya...
Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!
Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?
Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat". Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."

Saturday, 24 August 2013

LEWAT 4 BULAN??

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. ......... .........

APA KATA ANDA!

Gambar: Apa kata korang?

SELIPAR DURIAN

Gambar: Selipar Durian

NAK CARI ISTERI??????





Nak pandai = Cari isteri cikgu

Nak sihat = Cari isteri doktor

Nak kaya = Cari isteri anak tan sri

Nak glamor = Cari isteri artis

Nak sembang = Cari isteri penceramah

Nak gemuk  = Cari isteri chef

Nak stylo = Cari isteri kaki shopping

NAK MAMPUS = Cari isteri orang..

SIAPA YG BULI BAYI NI??

Gambar: Siapa punya kerja ni? Baby pun nak buli!

FIKIR-FIKIRKANLAH..

Gambar: Kenderaan awam di Malaysia patut buat peringatan macam ni, setuju tak?

Kalau setuju bagi satu 'like' tengok!

Tuesday, 23 August 2011

SEBELUM DAN SELEPAS...




Ini adalah satu kisah pasangan yang akan bercinta;

L: ya! abang dah lama tnggu saat ini!
P: abang nak tinggalkan sayang ke?
L: mestilah tak..?? tolong jangan fkir macam tu.. tak mungkin terjadi..!!!
P: abang cintakan sayangkan?
L: ye..tiap hari..
P: abang pernah tipu sayang tak?
L: tak! kenapa sayag selalu tanya macam tu?
P: abang akan selalu keluar dengan sayang tak?
L: setiap kali ada peluang abang tak kan lepaskan..
P: abang akan pukul sayang?
L: giler ke?abang bkn lelaki camtu!
P: boleh ke sayang percayakan abang?
L: yaa!
P: sayang!


SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas..