Showing posts with label KREATIF. Show all posts
Showing posts with label KREATIF. Show all posts
Thursday, 22 January 2015
Thursday, 13 November 2014
PEMILIK HATI YANG TERLUKA

Untuk yang sedang bersedih...
Beramallah kerana Allah agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir air mata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitunganNya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Ilahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab Dialah yang memiliki jawapan.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi. Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.
Ini untukmu yang sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…
Tuesday, 26 August 2014
MISTERI "CROOKED FOREST" POKOK MELENGKUNG 90 DARJAH DI POLAND
Di barat Poland berhampiran Gryfino, adalah hutan kira-kira 400 pokok-pokok pain yang tumbuh dengan bengkok 90 darjah di bahagian pangkal batang .Pokok melengkung ini telah dinamakan sebagai "Crooked Forest". Cara batang yang melengkung dan bengkok ke arah yang sama - utara - punca kelengkungan kelihatan seperti buatan manusia yang bertentangan dengan alam semula jadi. Ianya adalah dikatakan bahawa pokok-pokok telah dibentukkan untuk membesar selama tujuh atau sepuluh tahun atas tujuan yang tidak diketahui.
Penjelasan yang paling menarik menunjukkan bahawa sekumpulan petani memanipulasi pokok selepas menanam pokok ini pada tahun 1930 Rupa-rupanya, petani berharap untuk membuat perabot dari bentuk bengkok apabila pokok-pokok ini berusia 10 tahun. Walau bagaimanapun, sebelum pokok boleh dituai, tercetusnya Perang Dunia Kedua, rancangan sesiapa sahaja yang semakin meningkat dan menjaga dusun, meninggalkan rancangan mereka secara misteri
Wednesday, 13 August 2014
FOTOGRAFI#PIP CAMERA
Wednesday, 6 August 2014
Monday, 3 March 2014
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
REKABENTUK BAJU KORPORAT (LELAKI)
| | WARNA BAJU KORPORAT LELAKI (Warna Korporat Kementerian) | Material :Design :
:
| Vicose Base (White) Piping (Dark Blue) |
REKABENTUK BAJU KORPORAT
(PEREMPUAN)
| | WARNA BAJU KORPORAT WANITA (Warna Korporat Kementerian) | Material :Design : | Vicose Base (White) Piping (Dark Blue) |
Surat dari Datuk Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (Ruj.KPM: KPM.BKP.300-1/12 (13), Bertarikh : 8 Januari 2014)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan, Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi penyeragaman pemakaian baju korporat di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Rekabentuk dan warna pakaian korporat adalah seperti yang ditetapkan di Lampiran A.
3. Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan. Perkara ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2008 di para 25 yang menyatakan bahawa “Pembekalan baju korporat Jabatan/Bahagian yang menggunakan peruntukan Kerajaan juga dihentikan serta merta“.
4. Selain daripada itu, pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar sahaja. Bagi pegawai/kakitangan lelaki, baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang (slacks)/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap. Bagi pegawai/kakitangan wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A” (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.
5. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan juga, pakaian semasa bertugas di pejabat dan menghadiri upacara-upacara rasmi yang lain adalah tertakluk kepada Pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:
(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam);
(ii) Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
(iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi);
(iv) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)TT.193/37/Jid.4 bertarikh 15 Mac 2005 (Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat); dan
(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis).
6. Pegawai/kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari masa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
7. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya dan memantau pelaksanaan pemakaian baju korporat oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing demi meningkatkan imej korporat KPM.
8. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Monday, 28 October 2013
TULISAN MEMPENGARUHI KEPERIBADIAN ANDA!
Rahsia Tulisan Tangan..
Menurut seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tulisan tangan dapat mempengaruhi sikap,pergaulan dan juga sedikit sebanyak dapt mempengaruhi percintaan…..Berikut jenis-jenis tulisan tangan dan rahsianya…

KECONDONGAN TULISAN
TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

CONDONG KE KIRI
Dia ni seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ni seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya.

BENTUK TULISAN
BENTUK TULISAN LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
Otak matematik rupanya dia ni.
TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.
Pemikirannya berdasarkan logik.
BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK TULISAN
TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
Read more: http://www.nescafeais.com/rahsia-tulisan-tangan/#ixzz2izKQPxW3
Labels:
KREATIF
Malaysia
Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
Monday, 9 September 2013
Tuesday, 3 September 2013
Monday, 26 August 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)