Thursday, 29 August 2013
Wednesday, 28 August 2013
KELANTAN SANA SINI
Pasar Siti Khadijah
Cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ.
Pasar Wakaf Che Yeh
Inilah lokasi perniagaan yang baru bersinar di ibu negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga. Asalnya, penjaja di sini adalah daripada pasar di Jalan Hamzah, tetapi telah dipindahkan berikutan pembangunan di tapak lama. Sejak beberapa tahun lepas, pasar Borong Wakaf Che Yeh mula meniti dari bibir ke bibir bukan sahaja warga tempatan tetapi juga pengunjung luar. Pasar ini beroperasi 24 jam iaitu berkonsepkan pasar pagi, pasar runcit, pasar malam dan pasar borong. Paling Menarik, ia menjadi begitu rancak di saat jam berdenting di tengah malam. Seribu satu barang daripada pelbagai fesyen pakaian, tubung, kasut bundle, permaidani, perhiasan rumah, aksesori kereta, dan permainan kanak-kanak, semuanya boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Lagi untung sekiranya bijak memilih dan pandai tawar-menawar.
Pasar Rantau Panjang, Pasir Mas
Destinasi popular bakal pengantin. Itulah kelainan yang masyhur di pasar bersempadan dengan negara seberang, Pekan Rantau Panjang pasti tidak terlepas daripada agenda lawatan ke Kelantan. Ramai yang kagum dengan halusnya seni tingginya kreativiti perniaga yang menghasilkan cenderamata untuk majlis perkahwinan, keraian atau sekadar buah tangan kenangan. Daripada barang biasa seperti sapu tangan kecil hinggalah sampah terbuang umpama sabut kelapa, digubah cantik sampai memukau pembeli untuk membelinya.
Pasar Tok Bali, Pasir Puteh
Ikan segar terus dari laut. Masih menggelupur dari jaring nelayan. Kelebihan inilah menjadikan ikan dari Pasar Tok Bali tersohor sehingga ke negara serantau. Tetapi jangan datang waktu pagi kerana anda tidak akan mendapat apa-apa selain sayur-sayuran dan barang dapur biasa yang lain. Singgahlah selepas Asar, hiruk pikuk peraih ikan melelong jualan dan nelayan yang baru tiba di jeti merancakkan suasana sehingga tengah malam. Tok Bali jugabegitu megah dengan jambatan tingginya serta pemandangan indah pantai dan kuala yang membiru.
Pasar Wakaf Aik, Bachok
Pernahkah anda melihat ikan bBarat, Kintan atau Siput Laut? bagi kaki pemancing tentu tidak kekok mengecam pelbagai jenis ikan pelik ini, tatapi bagi orang kebanyakan, sukar sekali mengenali apatah lagi menemuinya di pasar bisa. Tatapijika teringin menikmati lauk istimewa spesis baru seperti kepah, remis, udang ketak, dan sebagainya, jemputlah ke Pasar Wakaf Aik. Disini, ramai golongan petani dan nelayan kecil sendiri yang berniaga pada setiap pagi Rabu. Dengan menawarkan harga murah tanpa untung berlipat ganda, mereka menjamin kualiti dan kesegaran ikan yang amat memuaskan.
Pasar Jelawat, Bachok
Biarpun tidak terbilang seperti pasar-pasar utama lain, Pasar Jelawat sebenarnyarnya tidak kurang potensi majunya. Terletak tidak jauh dari pasar Tok Bali, pasar ini menjanjikan keistimewaan tersendiri. Masih mengekalkan konsep pasar yang menyediakan berbagai bahan basah dan kering dari peniaga setempat seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan seumpamanya. Namun, apa yang sangat menarik, harga yang ditawarkan amat murah sehingga mengejutkan pengunjung. Jika kena pada hari dan waktunya, pembeli boleh mendapatkan sayur-sayuran daripada peraih dengan harga sepuluh kali ganda lebih murah dari biasa. Syaratnya, datanglah seawal 5.00 pagi semasa operasi baru bermula terutamanya pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, kegiatan di pasar ini mula mengendur menjelang waktu tengah hari. Bagi mereka yang ingin mengadakan kenduri, pasar Jelawatlah pilihan terbaik mendapatkan harga pukal yang menjimatkan bajet anda.
MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN
Akok
Ayam Perencit
Budu
Rojak Buah
Etak
Laksam
Nasi Kerabu Hitam
Sambal Daging "Serunding"
Ketupat Sotong
Tahi Itik
Jala Emas
Buah Tanjung
Cendol Pulut Tapai
Lompat Tikam
Nasi Tumpang
Pulut Bakar
Kuih Cara Berlauk
Serabe
Itik Solo
Tepung Pelita
Bute'i Nangka
CIK SITI WAN KEMBANG
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam.
Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini. Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin. Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
MENTERI BESAR KELANTAN
Dato' Haji Ahmad bin Yaakob
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad bin Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru Negeri Kelantan di hadapan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 6 Mei 2013 lalu. Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan mulai 23 Mac 2004 sehingga 3 April 2013. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu menggantikan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 22 Oktober 1990.
Dato' Haji Ahmad bin Yaakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. Bapanya Haji Yaakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Binti Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Pada 1980, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid (seorang guru) dan mereka dikurniakan 11 orang anak. Berpendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu dan kemudian melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Syariah) serta mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam, Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).
Sekembali dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980). Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Gua Musang (1986), Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Sebagai guru agama, beliau aktif dari surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.
Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad - tokoh PAS Kelantan. Beliau menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986. Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990-1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Tumpat, Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.
Pada tahun 1995, beliau ditawar bertanding dalam Pilihanraya Umum. Oleh itu, beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS dan rakyat Kelantan. Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan beliau menang dengan majoriti 2,734 undi. Pada 17 Mei 1987, Menteri Besar Kelantan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia. Sebelum ini dipegang oleh Rozali Isohak (Semangat 46) yang telah digugurkan kerana masuk UMNO. Selepas Pilihan raya 1999, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar .
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 , Dato’ Dato' Haji Ahmad bin Yaakob menewaskan calon BN, Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi. Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa). Selepas Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal
PENDEKAR MELAYU - TOK JANGGUT
PROFIL
Nama Sebenar : Haji Mat Hassan Panglima Munas
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi Ringkas
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
- cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun.
- cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun.
- kelapa sebanyak 3 sen setandan.
- sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
Tuesday, 27 August 2013
KERAJAAN AKAN TETAP BELA RAKYAT KELANTAN
Oleh:
Tarikh: August 25, 2013
KOTA BHARU - Kerajaan pusat akan terus memainkan peranan untuk membangunkan negeri ini bagi menyediakan kehidupan lebih baik kepada rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, walaupun wujud perbezaan politik antara kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Kelantan pimpinan Pas, kerajaan pusat tetap membantu membangunkan negeri ini.
Kerajaan pusat akan terus membela nasib rakyat Kelantan dengan melaksanakan pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan dan infrastruktur, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Wisma Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pusat di negeri ini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan terbabit.
Katanya penempatan kira-kira 70,000 penjawat awam persekutuan di negeri ini juga turut membantu merancakkan ekonomi negeri antaranya melalui perbelanjaan harian yang mereka lakukan.
Sehubungan itu, beliau mahukan penjawat awam persekutuan meningkatkan peranan mereka dalam memberi kefahaman yang jelas mengenai dasar kerajaan kepada rakyat di negeri ini. - Bernama
Beliau berkata, walaupun wujud perbezaan politik antara kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Kelantan pimpinan Pas, kerajaan pusat tetap membantu membangunkan negeri ini.
Kerajaan pusat akan terus membela nasib rakyat Kelantan dengan melaksanakan pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan dan infrastruktur, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Wisma Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pusat di negeri ini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan terbabit.
Katanya penempatan kira-kira 70,000 penjawat awam persekutuan di negeri ini juga turut membantu merancakkan ekonomi negeri antaranya melalui perbelanjaan harian yang mereka lakukan.
Sehubungan itu, beliau mahukan penjawat awam persekutuan meningkatkan peranan mereka dalam memberi kefahaman yang jelas mengenai dasar kerajaan kepada rakyat di negeri ini. - Bernama
MUFTI SOKONG LAKSANA HUDUD
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini khususnya dalam membanteras kegiatan jenayah termasuk kes tembak yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Menurutnya, pelaksanaan salah satu daripada hukum- hukum ditetapkan ALLAH SWT ini bukan sahaja akan memberi jawapan kepada persoalan yang timbul sebelum ini, sebaliknya membantu mengembalikan keamanan sejagat.
“Kalau kita boleh melaksanakan hukum hudud ini, memang diyakini banyak persoalan yang dihadapi sebelum ini diatasi, kita tengok di Arab Saudi berapa peratus sahaja jenayah, paling rendah dalam dunia.
“ALLAH SWT telah memberi jaminan, kalau kita boleh laksanakan (hudud) memang kita yakin bahawa persoalan- persoalan yang kita hadapi boleh diatasi, cuma soal bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud itu, apakah ada halangan-halangan itu persoalan yang lain, tapi kalau hudud itu sendiri memang (Allah) sudah bagi jaminan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di sini, semalam.
Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir selain 600 peserta yang terdiri daripada wakil- wakil jabatan, agensi, badan bukan kerajaan dan pemimpin di setiap peringkat.
Mohamad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung kesediaan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud yang kini dalam rangka mengadakan satu Sidang Meja Bulat bagi membentuk resolusi dan cadangan untuk meneruskan perlaksanaan hukum tersebut.
Ahmad berkata, perkara itu dilakukan setelah beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang menyatakan terdapat ruang untuk melaksanakan hukum tersebut.
Mengakui pelbagai kekeliruan timbul di sebalik usaha untuk melaksanakannya, Mohamad Shukri berkata, dalam isu tersebut, pendekatan melalui perbincangan perlu diambil bagi mengatasinya.
“Barangkali kekeliruan yang timbul begini, hudud hukum ALLAH SWT, pelaksanaan hudud ini yang harus dibincangkan, bagaimana hendak melaksanakan itu, apakah ada halangan , itu yang menjadi masalah, itu yang harus dibincangkan, bagi saya kalau dapat dilaksanakan memang saya menyokonglah,” katanya.
Sementara itu, mengulas fenomena semasa apabila sebahagian masyarakat tetap mempertikaikan fatwa dikeluarkan, Mohamad Shukri berkata, perkara itu berlaku apabila wujud krisis keyakinan dalam diri individu terlibat.
“Kita perlu kepada satu pendidikan yang lebih menyeluruh sehingga masyarakat boleh kembali kepada keyakinan, jika individu itu tidak ada krisis (keyakinan) dia boleh terima sahaja.
“Tetapi bila ada krisis mereka memerlukan kepada huraian yang kadangkala tidak difahami kaedah- kaedah yang kita gunakan kerana mereka tidak pernah belajar untuk memahami kaedah tersebut,” katanya
Monday, 26 August 2013
GARETH BALE
PEMAIN antarabangsa Wales, Gareth Bale pada Isnin memecah rekod sebagai pemain termahal dunia apabila kelabnya Tottenham Hotspurs bersetuju menjualnya kepada Real Madrid dengan harga £86 juta.
Dengan perpindahan itu juga Bale turut menandantangani kontrak enam tahun dengan pembayaran gaji sebanyak £300,000 seminggu.
Akhbar the Daily Mail dalam laporan eksklusifnya menyebut bahawa Pengerusi Spurs, Daniel Levy menerima lamaran Madrid dan mengesahkannya dalam mesyuarat lembaga pengarah kelab itu pada malam Ahad.
Bale adalah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris tahun lalu.
Penjualannya kepada Madrid memecah rekod yang sebelum ini disandang oleh Cristiano Ronaldo apabila Manchester United menjualnya kepada kelab yang sama pada tahun 2009 pada harga £80 juta.
Levy kembali ke London selepas mengadakan rundingan di Madrid dengan ejen Bale, Jonathan Barnett yang turut dihadiri oleh Pengarah Bolasepak Spurs, Franco Baldini.
Bale, 24, dibeli oleh Spurs enam tahun lalu dari kelab Southampton dengan harga £7 juta dan menjualnya pada harga £86 juta adalah satu keuntungan yang berlipat kali ganda dan tidak akan ditolak oleh mana-mana kelab pun dalam dunia.
Real, yang akan bermain menentang Granada pada Isnin akan memperkenalkan Bale dalam satu majlis besar-besaran di Bernabeu pada Selasa.
Penjualan Bale kini membuka laluan kepada Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas untuk meneruskan pembelian pemain baru lagi selepas membelanjakan hampir £60 juta sepanjang musim panas ini untuk memperkukuhkan skuad mereka.
Antara pemain ternama yang telah dibelinya termasuklah pemain antarabangsa Sepanyol Roberto Soldado dari Valencia dan pemain antarabangsa Brazil, Paulinho.
Kini Levy akan meneruskan perbincangan dengan kelab Itali, Roma untuk mendapatkan penyerang sensasi Argentina, Erik Lamela, selepas Chelsea 'mencuri' pemain yang sepatutnya dibeli oleh mereka iaitu Willian pada harga £30 juta dua hari lalu.
Belum pernah lagi dalam sejarah kelab itu, mereka berbelanja sebegitu besar dalam satu musim dalam usaha untuk menempatkan diri di kalangan empat kelab terbaik dalam liga bagi melayakkan diri dalam Liga Juara-Juara Eropah.
10 PEMAIN TERMAHAL DUNIA:
1. GARETH BALE (Spurs ke Real Madrid, Ogos 2013) - £85.9 juta
2. CRISTIANO RONALDO (Man Utd ke Real, Jun 2009) - £80 juta
3. KAKA (AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009) - £56.1 juta
4. EDINSON CAVANI (Napoli ke Paris SG, Julai 2013) - £55 juta
5. RADAMEL FALCAO (At Madrid ke Monaco, Mei 2013) - £51 juta
6. FERNANDO TORRES (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - £50 juta
7. NEYMAR (Santos ke Barcelona Mei 2013) - £48.6 juta
8. ZINEDINE ZIDANE (Juventus ke Real, Julai 2001) - £45.6 juta
9. ZLATAN IBRAHIMOVIC + SAMUEL ETO'O (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - £40 juta
10. HULK (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - £39.5 juta
Subscribe to:
Posts (Atom)