Untuk tujuan taklimat, saya perlu menunjukkan secara live kepada guru-guru paparan Altitude saya melalui LCD projektor dan saya tidak mempunyai display dongle seperti chromecast, ezycast, anycast dan sebagainya yang boleh memaparkan secara terus paparan dari hp ke LCD projektor.
Jadi, saya mencuba alternatif lain dengan cara memaparkan screen Altitude saya di laptop yang bersambung dengan LCD projektor. Kata orang, tiada rotan, akar pun berguna kan?
Sebelum saya teruskan, untuk berjaya menggunakan cara ini, kedua-dua smartphone dan laptop anda mestilah bersambung pada rangkaian wifi yang sama.
Caranya :
Langkah 1
Download dan install AirMore : File Transfer di smartphone dari Google Play.
Langkah 2
Setelah siap intallasi, buka app tersebut dan tap pada Scan to connect.
Langkah 3
Sementara itu, pada laptop anda sila buka laman web airmore di alamat web.airmore.com
Ia akan memaparkan QR Code untuk di scan.
Langkah 4
Seterunya, scan QR code tadi menggunakan smartphone anda.
Langkah 5
Itu akan menyambungkan smartphone anda dengan laptop. Untuk paparkan screen smartphone pada laptop, klik pada Reflector.
Langkah 6
Seterusnya, tap pada Start now di smartphone.
Sekarang, anda telah berjaya!!
No comments:
Post a Comment