BUDAYA Islam tidak sama dengan maksud culture dalam fahaman Barat. Budaya adalah gabungan 'budi' dan 'daya'. Apabila diterjemahkan dalam hidup sifatnya memandu dan mempedoman.
Budi adalah sesuatu yang halus dan murni yang terpancar dari hati dan daya adalah manifestasi diri yang tercermin dengan kehalusan hati dan terlihat dalam amal. Amal perbuatan manusia terpandu dengan etika dan nilai yang Islami dan membentuk budaya kehidupan mereka.
Budaya Islam sifatnya amali. Ia terpancar dalam sikap, watak dan amalan. Ia menjadi contoh dan sumber ikutan. Ia terkandung nilai-nilai murni yang amat serasi dengan fitrah manusia.
Bercakap benar, tidak berdusta, menepati waktu, menjaga kebersihan, membantu yang lain, tidak sombong, menghormati perbezaan, bertolak ansur pada tempatnya adalah ajaran Islam yang murni. Jika ia membudaya dalam amalan ia tidak saja memberi kesan baik kepada pengamalnya tetapi juga kepada orang lain.
Islam tidak saja dilihat kepada kebenaran ajarannya tetapi juga pekerti penganutnya. Sering terdapat produktiviti rohaniah orang-orang Islam relatif tinggi dengan solat tahajud, qiamullail, umrah dan haji. Tetapi produktiviti amaliah orang-orang Islam relatif rendah.
Orang Islam tidak menjadikan resam menepati waktu suatu budaya. Surah Wal Asr dibaca secara ritual selepas sesuatu majlis berlangsung. Budaya ilmu yang membangun fikrah tidak dijadikan fokus. Fokus kepada fiqah ibadah yang sifatnya berulang-ulang sering dijadikan topik ceramah.
Ceramah yang sifatnya santai diselit dengan lelucon menjadi minat bukannya kupasan yang serius dan memberi keinsafan kepada pendengar. Tradisi mencatat dalam ceramah tidak berlaku. Isi-isi yang baik disampaikan begitu saja. Kesungguhan membangun fikrah tidak terjadi. Hadir ceramah untuk dapat fadilat semata.
Budaya Islam yang harus disuburkan tidak saja dalam bidang ilmu dan pendidikan tetapi juga dalam membangun keluarga dan masyarakat. Al-Quran dan As Sunnah sewajarnya menjadi sumber pertunjuk supaya perubahan dan kemajuan terjadi.
Ilmu naqliah dan aqliah harus digerakkan secara sepadu supaya umat Islam memiliki tasawwur dan fikrah yang seimbang. Pendidikan harus bermula sejak anak dalam kandungan lagi dan zuriat yang ALLAH kurniakan adalah amanah untuk disantuni.
Ibu bapa harus menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Guru awal anak-anak ialah ibu bapa. Ibu bapa harus mempunyai ilmu dan cara yang fitrah untuk mendidik. Sekiranya anak-anak cicir di rumah, pembentukan watak dan adab tidak terjadi maka tidak ada jaminan anak-anak tidak akan cicir di sekolah dan dalam masyarakat.
Membangun keluarga dan masyarakat teladan adalah agenda utama. Peranan guru adalah membantu. Ibu bapa harus memberi masa yang seimbang untuk menyantuni anak-anak di rumah.
Budaya masyarakat Islam adalah budaya ingat-mengingat, pesan memesan dan nasihat-menasihati. Hikmah ini yang telah hilang daripada kita. Kita membina budaya enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Islam mengajar kita berjiwa jamai’ supaya semangat kebersamaan dan kekitaan subur. Budaya gotong-royong harus disuburkan kembali supaya rasa kepunyaan terjalin. Cara hidup individualistik, menanggapi sesuatu berasaskan pangkat dan darjat menyebabkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan renggang.
Budaya Islam menganjurkan persaudaraan dan ukhuwah supaya terlihat watak-watak teladan yang menjadi sumber ikutan dan sifatnya menyantuni.

No comments:
Post a Comment