Friday, 29 July 2011
KEM 1 MURID 1 SUKAN FASA III
Berakhirnya tugasan yang diamanahkan kepadaku dan rakan-rakan jurulatih tatkala majlis perasmian penutupan kem 1 Murid 1 Sukan menutup tirainya. Keletihan selama 3 minggu untuk tiga fasa amat terasa. Namun di sebalik kepenatan itu tersimpan kerinduan yang membara.. Rindu pada semua..
Friday, 22 July 2011
FADHILAT JUMAAT
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Monday, 18 July 2011
DI MANA ADA KEMAHUAN!!!!!
Hidup ini tak seperti yang kita sangka. Kekadang kita tidak terfikir pun apa yang kita akan dapat suatu hari nanti. Segala yang kita rancang tidak semestinya kita perolehi. Namun kita harus bersyukur dgn apa yang kita kecapi hari ini. Segalanya kerana kemahuan..
Saturday, 16 July 2011
KEJAYAAN PSKPP BERULANG LAGI!!!!
Friday, 15 July 2011
KEM 1 MURID 1 SUKAN FASA I
Bermula dengan slot 'ice breaking' maka bermulalah Kem 1 Murid 1 Sukan Fasa I Peringkat Hulu Selangor. Tarikh 11-13 Julai mencatat memori indah barisan JU yang telah berjaya mengendalikan kem tersebut. Kem tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan, Bukit Fraser, Pahang. Peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 begitu teruja sepanjang kem berlangsung.
Malaysia
Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
Monday, 4 July 2011
SIAPAKAH ORANG ITU?
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Subscribe to:
Posts (Atom)



