Monday, 25 February 2013

PERHATIAN KEPADA PENGADIL BOLA SEPAK!

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL
(Amir Sharifuddin Wong)

PENDAHULUAN
Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada tindak balas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) – bola sepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).
Terdapat banyak situasi di dalam permainan, Pengadil membuat keputusan yang tidak semestinya sejajar dengan 17 Undang-undang itu. Kebolehan membuat interpretasi adalah asset utama dalam kuasa Pengadil. Kefahaman yang mendalam terhadap 17 Undang-undang itu tidak cukup untuk menghasilkan seorang pengadil yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan menggunakan Undang-undang sebagai komponen utama, digemblengkan dengan naluri logik, penilaian kendiri, perbincangan pasca perlawanan, ‘Spirit of the Game’ dan ‘Fair Play’.
Untuk membolehkan Pengadil membuat keputusan yang betul, pengetahuan yang menyeluruh tentang Undang-undang adalah penting. Adalah tidak adil kepada pemain, jika Pengadil membuat keputusan yang salah berpandu kepada kekurangan pengetahuan Undang-undang. Kecergasan fizikal dan mental membantu dalam membuat keputusan yang tepat. Sifat mudah menjadi letih di dalam permainan boleh mengganggu kebolehan untuk membuat keputusan yang betul. Oleh itu, Pengadil yang letih mudah melakukan kesilapan dalam proses membuat keputusan. Pengadil yang terlalu letih, atau mempunyai kesan sampingan yang lepas (past or prior experiences) tidak boleh mengadili dengan sempurna. Keputusan di dalam padang perlu dibuat dengan pantas, yakin dan tenang. Mempercayai diri sendiri dan keyakinan akan keputusan sendiri akan menjadikan keputusan itu betul.
“Untuk menjadi pengadil yang baik, anda perlu boleh mengasingkan diri dari pemain-pemain dan pemain yang sering mengerang atau berkata-kata setiap kali anda membuat keputusan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda akan terseksa sebagai Pengadil. Setiap situasi keputusan Pengadil perlu dibuat seolah-olah ia adalah keputusan pertama di dalam perlawanan tersebut. Pengadil tidak boleh membawa bersamanya ingatan lepas. “Setiap pengadil mempunyai mata yang baik dan telinga yang buruk” – Jan Wegereef.
Terdapat empat jenis keputusan di dalam sesuatu perlawanan:
1. Keputusan ‘Statuatory’ – berdasarkan Undang-undang
2. Keputusan Interpretasi – pendapat Pengadil
3. Keputusan ‘Impossible’ – ‘best guess’, ‘benefit of the doubt’ atau equal decision’
4. Keputusan ‘Critical’ – memerlukan keyakinan, ketepatan dan keberanian

1. Keputusan ‘Statuatory’
Keputusan dibuat berpandukan Undang-undang Permainan. Sebagai contohnya, pemain yang memukul mesti diperintah keluar; lontaran ke dalam adalah permulaan semula yang betul jika boleh melintasi garisan tepi; Jika pengadil mengesahkan suatu jaringan, dia tidak boleh membatalkannya jika permainan telah dimulakan semula; pemain tidak boleh ofsaid jika menerima bola terus dari suatu sepakan gol.
Keputusan ini bergantung kepada pengetahuan Pengadil terhadap Undang-undang serta mengemas kini diri kepada perkembangan terkini. Keputusan ini paling mudah kerana pengadil tahu atau sepatutnya tahu, hukuman bagi semua kesalahan. Perkara lain ialah syarat-syarat ketika sepakan gol, sepakan percuma di dalam atau di luar kawasan penalti, sepakan penalti dan sebagainya.

2. Keputusan Interpretasi
Bola sepak adalah sukan yang membenarkan Pengadil fleksibiliti dalam membuat interpretasi dan melaksanakan Undang-undang secara subjektif atau ikut pendapatnya. Walaupun Pengadil dilatih agar konsisten dalam melaksanakan Undang-undang – keindividualan juga adalah dibenarkan. Setiap Pengadil mempunyai gaya, had dan tahap ketahanan sendiri. Fleksibiliti ini menambahkan kepada kesamaran, ketidak-jangkaan dan keseronokan permainan ini di serata dunia ini. Undang-undang membolehkan Pengadil dan juga Bola sepak untuk mengekalkan sifat manusia. Pengadil bersifat pengalaman dan pengubah suai. Ini membolehkan sifat Pengadil untuk berkembang dan menambahkan keseronokan perlawanan seterusnya.
Interpretasi Undang-undang adalah kemahiran yang tercapai dari pengalaman dan juga perbincangan dengan rakan Pengadil yang lain. Lulus dalam peperiksaan Pengadil adalah mudah tetapi melaksanakan Undang-undang dan menguruskan manusia di padang adalah sukar. ‘Common Sense’ dan interpretasi Undang-undang yang digunakan secara adil membezakan pengadil yang baik dengan yang tidak.
Contoh keputusan yang menggunakan interpretasi Pengadil adalah:
a. Adakah pemain yang mengasari pemain perlu diberi amaran?
b. Adakah penyerang yang berkedudukan ofsaid, terlibat dalam permainan aktif?
c. Adakah takel itu salah atau tidak?
d. Adalah ‘handball’ itu sengaja”
e. Bolehkah pengadil membuat jatuhan bola hanya kepada penjaga gol ?

Cara terpantas untuk pengadil baru mempelajari kemahiran membuat interpretasi undang-undang ialah dengan mengadili seberapa banyak perlawanan dan belajar dari pengalaman; berinteraksi dengan rakan pengadil lain dan membaca bahan pengadilan; dan mempelajari dari menonton seberapa banyak perlawanan. Pengadil baru yang tidak melakukan mana-mana cadangan di atas mengambil masa yang lebih lama untuk membina kemahiran interpretasi undang-undang dan kemahiran mengurus manusia. Pengadil yang kerap melakukannya akan cepat meningkat dan lebih cepat diterima oleh masyarakat bola sepak.


3. Keputusan ‘Impossible’
Terdapat juga keadaan yang menjadi mustahil untuk pengadil membuat keputusan yang tepat. Sebagai contohnya, tanpa melihat dengan jelas bola keluar untuk lontaran ke dalam (kepada siapa lontaran itu?); sepakan gol atau sepakan penjuru? Bola terdorong ke hadapan kepada pemain yang berkedudukan ofsaid (siapa yang menyentuh bola itu?); pengadil jauh dari bola (ofsaid atau teruskan permainan?).
Membuat keputusan yang salah lebih baik dari membuat keputusan yang tidak pasti – dan membuat keputusan yang salah lebih baik dari tiada keputusan langsung. Jika kedua-dua pemain bersalah (dangerous play) ada keputusan lebih baik dari jatuhan bola. Jika keputusan sedemikian perlu dibuat juga anda perlu kelihatan tegas, cepat, positif, berdiri tegak, beri isyarat jelas, jangan ubah keputusan atau dipengaruhi, jujur, keputusan anda lebih penting dari orang lain, keputusan anda kelihatan betul walaupun anda salah, usah bimbang semua orang berasa anda salah – anda betul.


4. Keputusan ‘Critical’
Keputusan kritikal adalah keputusan yang mengakibatkan keputusan berubah (gol atau tidak gol), penalti atau tidak penalti, perintah keluar atau tidak dan sebagainya. Kemahiran ini membezakan pengadil yang hebat dari pengadil yang biasa. Pengadil ini akan memperolehi ‘respect’ dari semua pemain, pegawai dan juga rakan pengadil serta masyarakat bola sepak.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengadil dalam membuat keputusan ini:
a. kecergasan - kelajuan permainan
b. kedudukan atau posisi - jarak insiden dari pengadil
c. penglihatan menyeluruh – clear overall vision
d. pengalaman
e. insiden sebelum di dalam perlawanan yang sama
f. insiden buruk sebelum di dalam perlawanan lepas
g. keberanian
h. tempat atau stadium - keadaan keselamatan stadium
i. faktor-faktor lain.

Adalah dinasihatkan agar pengadil sentiasa mengikuti rentak permainan) keep up with play), sentiasa cergas sebaik mungkin (make sure you are as fit as possible), cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk sentiasa melihat permainan, dan pelajari Undang-undang secara ‘inside-out’. Ini membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan menghormati keputusan yang kuat (walaupun salah) dari keputusan yang lemah atau tidak tegas.
Pengadil tidak seharusnya ‘kurang tidur’ merisaukan sama ada telah membuat keputusan yang betul di dalam sesuatu perlawanan – asalkan dia telah membuat keputusan yang jujur ketika itu. Walaupun Pengadil atau Penolong Pengadil membuat keputusan yang salah – ia adalah keputusan yang betul bagi perlawanan tersebut, kerana keputusan Pengadil berdasarkan kepada fakta adalah muktamad. Keputusan yang mustahil berlaku dalam sekelip masa, dan pengadil perlu buat keputusan yang spontan dan teruskan permainan. Jika pengadil menunjukkan kelemahan atau ketidak-tentuan dalam membuat keputusan, pemain, penonton, pegawai pasukan akan menggunakan peluang dari itu. Perlu tegas dan positif dan menerima bahawa keputusan anda itu adalah kesilapan tulen yang jujur, tetapi ia tentunya tidak dilakukan dengan sengaja. Tanpa menghiraukan sama ada anda telah memberikan kelebihan (benefitr of the doubt) kepada pasukan bertahan atau menyerang, atau kedua-duanya, SENTIASA konsisten sepanjang perlawanan.
Jika anda was-was dan rasa telah membuat keputusan yang salah, jangan diberitahu kepada pemain – biar POSITIF dan jangan ubah keputusan asal itu atau mengimbanginya dengan membuat satu lagi keputusan yang salah untuk pihak lawan.
Terdapat ketika, sebagai Pengadil anda perlu membuat keputusan yang betul mengikut Undang-undang, keputusan yang anda tidak gemar atau suka melakukannya. Biasa bila Pengadil membuat keputusan ini, kepalanya tunduk sedikit dan bahunya ke hadapan. Oleh itu berdiri tegak dan bahu ke hadapan ketika membuat keputusan – ini akan mencerminkan ketegasan dan keyakinan dan membolehkan anda menerima kerjasama dari pemain.
Kadang-kala sebaik saja Pengadil membuat keputusan dia tiba-tiba sedar akan kesilapannya. Jangan bimbang, kejujuran adalah kata kuncinya. Dalam situasi ini, ubah keputusan asalkan permainan belum dimulakan semula. Pemain biasanya menerima kesilapan yang jujur diperbetulkan – Pengadil hanya mengakui kesilapan pertama itu.
Adalah tidak penting apabila keputusan mustahil yang dibuat oleh Pengadil adalah salah atau betul mengikut fakta. Apa yang lebih penting ialah Pengadil telah membuat keputusan yang jujur – keputusan yang dianggap betul pada detik masa itu.